Powered By Blogger

Sunday, August 1, 2010

Cemerlang Matematik?

Semua ibu bapa inginkan anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran terutamanya Matematik. Bagaimana anak anda dapat mencapai kecemerlangan sekiranya tidak menguasai konsep dengan baik dan tidak memahami kaedah yang berkesan.
   Pelbagai kaedah Matematik telah dikemukakan oleh para guru supaya murid-murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tepat. Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah '123 Box'. Kaedah ini memang berkesan untuk membantu khususnya murid-murid yang lemah dan sederhana untuk menguasai kemahiran penukaran unit serta operasi-operasi asas yang lain yang melibatkan lima topik asas.
Jika murid sudah menguasai lima topik daripada sebelas topik keseluruhan, ini bermakna lebih 30% soalan-soalan peperiksaan sudah berjaya dijawab oleh murid dengan mudah. Anda perlu mengetahui dan mendalami kaedah 123 Box dengan segera kerana memang terbukti berkesan..Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment